Ikram nafi bersekongkol dengan pihak menentang Islam

Iklan
Badlishah Sham Baharin

SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menafikan tuduhan bersekongkol dengan kumpulan menentang usaha memperkasakan Islam seperti mana yang tular di aplikasi WhatsApp.

Presidennya, Badlishah Sham Baharin berkata, dakwaan itu turut dikaitkan dengan gambar peguam, Nik Elin dan seorang lagi individu yang kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, tuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata dan tidak berasas serta berniat jahat.

"Individu yang ditunjukkan dalam foto tersebut bukan ADUN Kota Lama.

Iklan

"Oleh itu, Ikram meminta tuduhan ini ditarik balik dan sebaran fitnah tersebut segera dihentikan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Badlishah menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan liar dan tanpa asas itu telah mencemarkan nama baik pertubuhan serta ahli.

Iklan

Tambah beliau, pertubuhan tersebut sentiasa komited dalam sebarang usaha untuk memartabatkan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Ikram menganjurkan pendekatan Islam wasatiy yang menekankan keseimbangan, keadilan dan kecemerlangan.

"Kami menolak segala bentuk amalan fitnah, mengkafirkan sesama orang Islam, menggunakan kata-kata kesat dan sebarang bentuk ekstremisme, radikalisme yang merosakkan keharmonian serta mengeruhkan perpaduan rakyat Malaysia,” ujarnya.