Anggota bomba maut kemalangan rancang kahwin tahun depan
Iklan
ALOR GAJAH - Seorang anggota bomba maut dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat bertugas apabila motosikal yang ditungganginya dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Hutan Simpan, Masjid Tanah di sini pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa Muhammad Hafize Muhamad Sabri, 25, cedera di kepala dan anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.