Jakim ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik

Iklan
Hakimah

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil serius laporan berhubung penglibatan pegawainya dalam aktiviti politik.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff, Jakim tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan.

Iklan
Iklan



"Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib Jakim untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Hakimah meningatkan kepada semua warga kerja Jakim untuk sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

Iklan
Iklan

Kenyataan Jakim itu dipercayai merujuk penglibatan seorang pegawai kanan jabatan itu dalam aktiviti sebuah parti politik. - Awani