IWK perjelas status projek JPP di Papan Perak
Iklan
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).
SHAH ALAM - Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menjelaskan projek Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan rangkaian paip pembetungan yang dilaksanakan oleh Mangkabumi Sdn Bhd di Papan, daerah Kinta, Ipoh Perak dimiliki oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).
IWK dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berperanan memproses kelulusan perancangan, reka bentuk dan perakuan bagi pembinaan projek berkenaan.
Iklan
Iklan
"Ia termasuk penyelenggaraan dan operasi selepas sistem pembetungan diserahkan kepada kami kelak.
"Selain JPP, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) juga adalah pemilik infrastruktur jalan awam yang menjadi pemantau projek berkenaan,” katanya pada Rabu.
Iklan
Pada Selasa, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, meminta IWK bersama MBI melakukan pemantauan ketat agar projek dilaksanakan dapat disiapkan mengikut jadual tanpa lanjutan tempoh daripada pihak kontraktor.
Jelasnya, kelewatan menyiapkan projek itu bukan sahaja mengakibatkan aliran trafik teruk di kawasan sekitar malah menjadi punca kemalangan jalan raya.
Iklan
Menurut IWK, pihak mereka akan memaklumkan permasalahan tersebut untuk tindakan lanjut.
"Perkara yang diutarakan Mohamad Nizar kepada pihak JPP dan MBI akan ada tindakan selanjutnya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>