KPDN kaji inisiatif Amanah Saham Rahmah bantu miskin tegar

Iklan
Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengkaji untuk mewujudkan inisiatif Amanah Saham Rahmah bagi membantu keluarga miskin tegar di negara ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Fuziah Salleh berkata, inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus memberi pendapatan berterusan kepada golongan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, menerusi amanah berkenaan sejumlah wang akan dilaburkan oleh kerajaan di bawah syarikat tertentu dan dividen daripada pelaburan itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan, manakala wang pokok yang dilaburkan itu, tetap milik kerajaan.

"Contohnya di bawah Permodalan Nasional Berhad, kerajaan akan meletakkan RM100,000 untuk keluarga itu, tetapi wang pokok itu akan tetap jadi milik kerajaan, manakala dividen diberikan kepada keluarga miskin tegar berkenaan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Selamat Pagi Malaysia pada Rabu. - Bernama

Iklan