Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan penurunan kadar tidak dijangka oleh China pada Selasa. - Gambar hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan penurunan kadar tidak dijangka oleh China pada Selasa.
Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.6335/6385 berbanding dolar AS 4.6140/6175 semalam.
Iklan
Iklan
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, China secara mengejut mengurangkan kadar dasar utama - pengurangan kedua tahun ini - menandakan bank pusat itu komited untuk menyediakan sokongan bagi pertumbuhan ekonomi.
Dilaporkan bahawa Bank Rakyat China secara tidak dijangka mengurangkan kadar kemudahan pinjaman jangka sederhana (MLF) setahun sebanyak 15 mata asas kepada 2.5 peratus daripada 2.65 peratus.
Iklan
"Yuan China dan ringgit adalah gandingan yang berkait rapat. Oleh itu, sebarang kelemahan yuan akan mempunyai kaitan langsung dengan ringgit.
"Kami melihat gandingan dolar-ringgit susut kepada RM4.6335,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1830/1867 daripada 3.1832/1858 pada Isnin, susut berbanding pound Britain kepada 5.8966/9030 daripada 5.8575/8619 dan merosot berbanding euro kepada 5.0690/0757 daripada 5.0519/0557 sebelumnya.
Unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.
Walaupun Ringgit meningkat berbanding baht Thailand pada 13.0908/1105 daripada 13.1173/1332 pada Isnin tetapi ia susut berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.16 daripada 8.11/8.13.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4155/4197 daripada 3.4064/4095 ketika ditutup pada Isnin dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 301.2/301.6 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>