Nama tiga jalan di Pulau Pinang ditukar
Iklan
Zairil Khir Johari
GEORGETOWN - Tiga buah jalan di sini telah ditukarkan namanya sejak bulan lepas berikutan permintaan dari orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Negeri Nama Geografi Pulau Pinang, Zairil Khir Johari hari ini.
Katanya jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Muntri yang ditukarkan menjadi Lebuh Muntri, Jalan Lorong Kucing kepada Lorong Kuching dan jalan di Lorong Lembah Permai 9 kepada Lebuh Lembah Permai 1.
Iklan
Iklan
"Terdapat tiga buah rumah di Lorong Lembah Permai 9 perlu membuat proses pertukaran alamat dan ini berpunca daripada beberapa sebab yang praktikal dan menimbulkan banyak kesulitan bagi penduduk kawasan itu,” katanya dalam sidang media di sini.
Menurutnya beberapa lagi permohonan untuk menukar nama jalan di sekitar Pulau Pinang turut diterima, seperti Jalan Cheong Fatt Tze diubah semula kepada Hongkong Street dan Jalan Abu Siti supaya ejaan asalnya, Aboo Sittee, dikembalikan.
Iklan
Iklan
Beliau turut menjangka awal tahun depan, nama-nama bandar di Pulau Pinang akan diseragamkan ejaannya mengikut nama asal yang telah digazetkan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>