Mohd Syahir digesa mohon maaf, gores hati masyarakat Siam
Iklan
Mohd Syahir Che Sulaiman
KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.
Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa, Mohd Syahir telah menggores hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa"sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha", dalam sesi debat berkenaan.
"Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.
"Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Pas itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha," kata Boon dalam kenyataan pada Khamis.
Boon berkata, Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.
Beliau berkata, sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya.
"Kami berpendapat kenyataan pemimpin Pas itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.
"Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik," katanya.
Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>