Rais pula dakwa kerajaan pusat berubah jika PN menang PRN enam negeri

Iklan
Rais (lima dari kanan) bersama Hamzah (empat dari kanan) dan kepimpinan PN di Jelebu pada Rabu.

JELEBU - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Jelebu, Tan Sri Rais Yatim senada dengan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini akan menyebabkan Ahli Parlimen berubah ‘kompas’.

Bagaimanapun beliau berkata, dakwaan Abdul Hadi mempunyai naratif yang logikal, tetapi ada hadnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Himpunan Anak Muda Perikatan Nasional (PN) di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kemenangan PN di enam negeri pada PRN pada 12 Ogos nanti memungkinkan berlakunya perubahan kepada kerajaan pusat.

Abdul Hadi yang merupakan Presiden Pas mendakwa, kemungkinan itu berlaku dengan mengambil kira terdapat ahli Parlimen daripada UMNO serta daripada Sabah dan Sarawak akan menyokong gabungan tersebut nanti.

Iklan

Mengulas lanjut, Rais juga berkata, Kerajaan Persekutuan perlu mendengar setiap desakan daripada negeri bagi membelanjakan dana wang yang disatukan itu.

"Cara untuk membelanjakan ia, kena didengar,” katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!