Kerajaan Perpaduan tawar pelbagai program pembangunan Orang Asli

Iklan
Tangkap layar hantaran Ahmad Zahid di Facebooknya pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan telah menawarkan pelbagai program pembangunan Orang Asli khususnya melibatkan belia agar komuniti itu dapat menikmati kemajuan negara seiring masyarakat lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, beliau selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan meneruskan agenda pembangunan memperkasa Orang Asli supaya masyarakat itu dapat terus menikmati kesejahteraan dan kemajuan di Malaysia dari aspek ekonomi, sosial, kesihatan serta pendidikan.

Iklan
Iklan

Dalam hantaran itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan selamat menyambut Hari Orang Asli Sedunia 2023 kepada seluruh masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Tema sambutan tahun ini adalah ‘Belia Orang Asli Sebagai Ejen Perubahan Diri'.

Iklan

Hari Orang Asli Sedunia disambut pada setiap 9 Ogos, untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi hak penduduk Orang Asli dunia.

Pada Februari lepas, Ahmad Zahid mengumumkan kelulusan dana RM200,000 daripada peruntukan timbalan perdana menteri bagi pembangunan Majlis Belia Orang Asli Malaysia (MBOAM), manakala Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) pula menyumbangkan RM200,000 dalam bentuk peralatan bagi pertubuhan itu.

Iklan

Ahmad Zahid juga menyasarkan 800 belia Orang Asli mengikuti program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tahun ini, berbanding lebih 700 belia tahun lepas. - Bernama