Maidam sumbang Mesin IVF bantu proses rawatan ketidaksuburan

Iklan
Dr Ahmad Azrin (dua dari kiri) menyempurnakan gimik penyerahan mesin IVF kepada Dr Kasmani (dua dari kanan) disaksikan Dr Zaliha (tengah).

KUALA TERENGGANU - Sumbangan mesin ultrasound in-vitro fertilization (IVF) oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kepada Hospital Sultazah Nur Zahirah (HSNZ) membantu dalam mempercepatkan proses rawatan kepada pesakit.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, mesin berharga RM160,000 itu disumbangkan melalui peruntukan Manfaat Wakaf Maidam.

Iklan
Iklan

"Difahamkan di HSNZ sekarang ada dua mesin tetapi satu daripadanya telah rosak. Setakat ini kita diberitahu tiada peruntukan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk proses gantian.

"Tambahan pula, jumlah pesakit juga meningkat daripada 6,804 orang pada 2021 kepada 8,837 pada 2022.

Iklan

Jelas Ahmad Azrin, mesin tersebut berfungsi untuk proses rawatan ketidaksuburan bagi pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata.

Katanya, ia akan digunakan bagi pesakit infertiliti di Unit Perawatan Reproduktif, Klinik Ginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HSNZ.

Iklan

Terdahulu, majlis penyerahan mesin tersebut disampaikan oleh Ahmad Azrin kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasmani Embong pada Isnin.

Hadir sama menyaksikan penyerahan itu ialah Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Zaliha Mustafa.