Lebih 4,000 terima manfaat program MyLesen B2

Iklan
Hasbi Habibollah

KUALA TERENGGANU - Seramai 4,195 penerima telah mendapat manfaat daripada program MyLesen B2 di seluruh negara bermula Mei hingga 4 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ia melibatkan penerima dari sembilan negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah.

Beliau berkata, untuk tahun ini pihaknya menyasarkan 9,000 penerima terdiri daripada golongan B40, Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf zakat, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan e-kasih.

Iklan

"Untuk baki penerima di negeri-negeri seperti Perak; Sarawak; Melaka dan Johor kita akan laksanakan hingga akhir tahun ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Rospiagis Taha dan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Iklan

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan 300 unit topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) kepada penerima lesen B2 di Terengganu.

Hasbi berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan lesen motosikal untuk menjalani tugas seharian serta mencari rezeki.

Menurut beliau, di Terengganu pihaknya menerima sebanyak 3,900 permohonan untuk menyertai program MyLesen B2 daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. - Bernama