Tumpu usaha lahir lebih ramai doktor dari Sarawak - Fadillah
Iklan
Fadillah
REMBAU - Usaha melahirkan lebih ramai doktor dalam kalangan rakyat Sarawak perlu dijadikan tumpuan supaya dapat memberi khidmat di negeri sendiri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, antara cabaran dalam penempatan profesion itu ialah kebanyakan doktor menolak berkhidmat di negeri itu kerana faktor jarak kawasan yang jauh dari pusat bandar serta kekangan kemudahan asas di kawasan luar bandar.
Iklan
Iklan
"Apabila tawaran dibuka (jawatan tetap), yang dapat adalah dari Semenanjung dan Sabah, mungkin mereka tidak mahu ke Sarawak itu kerana posting di luar bandar, kemudahan asas tidak selengkap seperti di Semenanjung," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melawat ke Pusat Pengumpulan Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau di sini pada Sabtu.
Iklan
Baru-baru ini, Timbalan Premier Sarawak, Dr Sim Kui Hian dilaporkan berkata jawatan tetap untuk doktor kontrak harus ditawarkan kepada mereka yang sudah berkhidmat di Sarawak atau rakyat negeri itu yang sedang menanti tawaran.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata, seramai 50 daripada 619 pegawai perubatan menolak tawaran jawatan tetap di fasiliti kesihatan awam di Sarawak. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>