Kelab Liga Pro Saudi sasar Willian

Iklan
Willian

PEMAIN sayap Brazil, Willian dilaporkan bersetuju dengan syarat-syarat peribadi ditawarkan oleh kelab Liga Pro Saudi, Al-Shabab.

Pemain itu sebelum ini baru sahaja menandatangani kontrak baharu setahun bersama Fulham selepas menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut musim lalu sebagai ejen bebas.

Iklan
Iklan

Tonggak berusia 32 tahun itu sebelum ini dijangka menyertai Nottingham Forest, namun kini berkemungkinan meninggalkan England bagi menyahut cabaran baharu di Arab Saudi.

Sebagai rekod, bekas pemain Chelsea dan Arsenal itu meledak lima gol dalam 30 penampilan bersama Fulham selepas ditandatangani dari Corinthians pada musim panas lalu.

Iklan
Iklan

Willian pemain Fulham terbaru menjadi sasaran kelab Liga Pro Saudi selepas Aleksandar Mitrovic, selain pengendali kelab itu, Marco Silva turut dirisik kelab Arab Saudi, namun dia menegaskan mahu terus membimbing kelab London tersebut.