Tidak sia-sia berbakti pada tanah
Iklan
Mohd Ridzuan menunjukkan ladang terung yang diusahakan secara fertigasi atas tanah seluas satu hektar di Lenggong.
LENGGONG - Bermula dengan berkebun di sekitar rumah, seorang anak muda berjaya menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya dengan pulangan lumayan lebih RM10,000 sebulan.
Iklan
Iklan
Mohd Ridzuan Roslan, 35, dari Kampung Bukit Nangka dekat sini mengusahakan tanaman sayuran seperti bendi, kacang panjang, timun, cili dan terung sejak 10 tahun lalu.
Menurutnya, bidang itu diceburi tanpa sebarang pengetahuan dan latar belakang pertanian, sebaliknya atas rasa minat serta keyakinan untuk berbakti kepada tanah.
Iklan
"Saya belajar daripada bapa angkat saya yang rajin menanam sayuran di sekitar rumah.
"Permulaan saya adalah dengan lima batas tanah yang ditanam dengan kangkung dan sawi, alhamdulillah berjaya dan itulah detik awal timbul minat dalam bidang ini," katanya.
Iklan
Bertitik tolak daripada itu, anak sulung daripada dua beradik mengorak langkah berani dengan mengusahakan tanaman dalam kuantiti lebih besar sebanyak 500 pokok bendi.
Melihat kepada potensi pasaran yang tinggi, dia kemudiannya mengeluarkan modal sendiri menyewa tanah terbiar seluas 0.6 hektar bagi mengusahakan tanaman bendi secara komersial.
"Saya juga mula belajar dengan mengikuti pelbagai kursus di bawah Jabatan Pertanian dan agensi luar untuk menambah pengetahuan dan selok belok dalam bidang ini.
"Hasilnya saya dapat tambah jenis tanaman kepada cili, kacang panjang dan timun," katanya yang mengusahakan tanaman bersama adik perempuan, Sharmaine Erdawatie Roslan, 32.
Bagi membuahkan hasil yang lebih baik, Mohd Ridzuan yang pernah menerima Anugerah Peladang Jaya Daerah Hulu Perak memanfaatkan perkembangan teknologi menerusi kaedah fertigasi bagi tanaman cili dan terung.
Katanya, projek yang diusahakan sejak 2017 di atas tanah sewa seluas satu hektar itu mendapat bantuan kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian yang menyediakan input pertanian seperti baja, racun serangga, pam serta penyediaan sistem paip dan tangki baja.
"Kaedah fertigasi telah memberi pulangan berganda kepada tanaman saya kerana pengurusan baja, racun serta kawalan penyakit yang mudah mengikut keperluan tanaman berkenaan.
"Musim lalu sahaja saya memperoleh tuaian 16 tan cili dan 65 tan terung dengan purata jualan mencecah RM170,000," katanya yang kini mempunyai lebih 6,300 beg poli tanaman terung.
Ladang sayuran diusahakan Mohd Ridzuan memperoleh persijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan buat masa ini, semua hasil tuaian dihantar ke Pasar Besar Ipoh dan Pasar Borong Selayang untuk memenuhi bekalan pasaran tempatan.
Menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030, Mohd Ridzuan telah merancang untuk membuka projek tanaman fertigasi sayuran baharu seluas 2.4 hektar di Kampung Selat Pagar.
Jelasnya, hasrat itu mendapat sokongan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang meluluskan peruntukan RM20,000 melalui Jabatan Pertanian di bawah program pembangunan industri sayur-sayuran.
"Bagi saya, bidang pertanian punya potensi cukup besar untuk dimajukan lebih-lebih lagi di negeri ini yang memberi fokus tinggi terhadap dasar sekuriti makanan.
"Jadi anak muda perlu berani rebut peluang yang ada kerana secara tidak langsung kita dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>