PRN: Kesemua 19 calon Muda telah isytihar aset
Iklan
PETALING JAYA - Kesemua 19 calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini telah mengisytiharkan semua aset, termasuk senarai aset dan liabiliti terkumpul dalam akuan berkanun (SD) dan boleh diakses umum melalui laman sesawang parti itu, undimuda.my.
Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pengisytiharan aset itu dilaksanakan secara telus dan calon-calon yang mengisytiharkan aset turut terikat dengan SD yang telah ditandatangani.