Tun Abdul Taib pulang ke Sarawak tidak lama lagi - Abang Johari
Iklan
Abang Johari - Foto Bernama
KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud akan pulang ke negeri itu dalam masa terdekat selepas menghabiskan percutiannya di luar negara.
Tanpa mendedahkan tarikh kepulangan berkenaan, Abang Johari berkata, Abdul Taib kini masih berehat dan status kesihatannya dilaporkan semakin pulih.
Iklan
Iklan
"Beliau (Abdul Taib) pergi bercuti di luar negara dan jatuh sakit... keadaannya ketika ini pulih dan beliau sedang berehat. Beliau akan balik (ke Sarawak)," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Sarawak pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan palsu beberapa pihak tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini yang tular di media sosial berkenaan situasi kesihatan Yang Dipertua Negeri Sarawak itu.
Iklan
Pada Rabu, satu poster hitam putih palsu tertera nama dan tahun kelahiran Abdul Taib yang turut disertakan kapsyen al-Fatihah dan logo sebuah stesen televisyen tempatan telah tular di media sosial.
Pihak stesen televisyen terbabit telah mengeluarkan kenyataan menafikan poster berkenaan dan memohon maaf kepada keluarga Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Iklan
Pada Selasa, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata keadaan Abdul Taib yang ketika ini dalam fasa pemulihan tidak memerlukan pelantikan pemangku Yang Dipertua Negeri.
Pada 23 Jun lepas, Pejabat Astana Negeri Sarawak turut membuat laporan polis berhubung maklumat palsu mengenai tahap kesihatan Abdul Taib yang disebarkan di media sosial. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.