5 maut helikopter Tentera Udara Chile terhempas

Iklan
Helikopter Bell 412 terhempas di wilayah Los Lagos.

SANTIAGO - Lima anggota Tentera Udara Chile terbunuh dalam nahas sebuah helikopter di selatan negara itu Isnin malam, lapor Xinhua, memetik Tentera Udara pada Selasa.

Sebuah helikopter Bell 412 terhempas di wilayah Los Lagos dengan punca kejadian sedang disiasat, menurut Tentera Udara dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Pesawat itu sedang menjalankan misi latihan penerbangan malam dengan lima kru termasuk dua juruterbang, dua anggota kru udara dan seorang paratrooper penyelamat dan semua kru maut di tempat kejadian.

Tentera Udara Chile turut menyediakan bantuan dan sokongan kepada keluarga anggota tentera yang maut dalam kemalangan itu.

Iklan

Presiden Chile, Gabriel Boric berkabung atas kematian anggota tentera udara dalam mesej yang disiarkan di televisyen dan Dewan Timbalan turut bertafakur kira-kira seminit sebelum memulakan sesi dewan pada hari Selasa. - Bernama

Iklan