Polis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Hussein Omar

SERDANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ucapan berbaur politik Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima rakaman ucapan Fahmi di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihak polis sedang meneliti ucapan tersebut dan akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.

"Ucapan Yang Berhormat Fahmi di lokasi kejadian telah diterima dan akan diteliti sepenuhnya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis perbarisan ulang tahun ketujuh polis bantuan Sime Darby Property Berhad (SDPB) di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan SDPB, Datuk Azmir Merican; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikaladevi; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Prof Dr Hang Tuah Baharudin serta Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Mohd Razali Abd Aziz.

Iklan

Sementara itu, mengulas lanjut berhubung proses berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Hussein berkata, sebanyak 16 laporan polis telah terima setakat ini.

Daripada jumlah tersebut menurut beliau, tujuh kertas siasatan telah dibuka kerana melibatkan perbuatan khianat seperti mengoyak poster calon bertanding dan merosakkan bendera.