Isu ucapan di masjid: Fahmi pertimbang saman pemfitnah

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A
PUTRAJAYA - [KEMAS KINI] Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang menfitnahnya selain sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ia berhubung ucapan beliau di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.

"Saya langsung tidak bercakap mengenai apa-apa isu politik mahupun pilihan raya negeri (PRN)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Hari Sektor Awam Malaysia di sini pada Selasa.

Tegas beliau, jemputan oleh ahli jawatankuasa masjid itu bagi menjelaskan mengenai pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert The Good Vibes telah dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mengecam cubaan untuk mempolitikkan isu ini dan menabur fitnah," jelas beliau.



Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau maklum mengenai kenyataan JAIS sedang menyiasat aduan berhubung perkara tersebut.

"Setakat waktu ini saya belum semak lagi (sama ada sudah menerima panggilan daripada JAIS), tetapi insya-ALLAH

sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil," katanya.

Pada Isnin JAIS mengesahkan menerima aduan berhubung perkara tersebut dan telah memanggil nazir masjid bagi mendapatkan keterangan.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar Fahmi berucap di ruang solat utama di sebuah masjid di Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad lalu.

Bagaimanapun Fahmi menerusi Facebooknya menafikan dakwaan bahawa beliau telah berkempen di masjid berkenaan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!