Perhilitan pantau kehadiran beruang di Kampung Kemat

Iklan
Seekor beruang yang sempat dirakam setelah dilihat berkeliaran di sekitar Kampung Kemat di Hulu Terengganu sejak seminggu lalu. - Foto ihsan penduduk

HULU TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu memantau di sekitar lokasi penemuan seekor beruang yang berkeliaran di Kampung Kemat, di sini sejak minggu lalu.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, tangkapan akan dibuat sekiranya haiwan itu didapati masih berada di lokasi berkenaan dan mengganggu penduduk.

Iklan
Iklan

"Kita telah membuat pemantauan susulan aduan diterima berkenaan kehadiran beruang di kawasan itu dan akan memasang perangkap sekiranya perlu.

"Haiwan ini ada kalanya hanya berkeliaran untuk mencari makanan, pasangan dan habitat baharu sebelum kembali semula ke habitat asalnya di hutan.

Iklan

"Haiwan seperti ini kita tak tangkap kecuali telah mengganggu aktiviti penduduk di kawasan itu dan merosakkan harta-benda dan tanaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak mengganggu haiwan berkenaan bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Iklan

"Jangan cuba dekati untuk rakam gambar atau cederakan mereka," katanya.

Terdahulu media melaporkan, penduduk di Kampung Kemat, di sini, bimbang susulan kehadiran seekor beruang yang kerap dilihat berkeliaran di kampung itu sejak seminggu lalu.

Seorang penduduk memberitahu telah lebih lima kali terserempak dengan haiwan liar itu yang dilihat merayau-rayau di sekitar kampung dipercayai untuk mencari makanan.