PRK Sandakan: Polis terima 11 laporan lima kertas siasatan
Iklan
KOTA KINABALU - Polis menerima 11 laporan dan membuka lima kertas siasatan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan setakat ini sejak kempen bermula 27 April lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 427 Kanun Keseksaan (dua siasatan), Seksyen 426 Kanun Keseksaan (satu siasatan), dan satu lagi kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.