TH serah zakat RM1.67 juta kepada Tabung Baitulmal Sarawak

Iklan

KUCHING - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1.67 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Tabung Baitulmal Sarawak.

Pengerusi TH Sarawak, Tan Sri Md Nor Yusof, menyerahkan zakat itu kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dalam satu majlis ringkas di kediaman beliau di Demak Jaya di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Md Nor berkata adalah tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam melaksanakan bayaran zakat setiap tahun dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf.

TH dalam kenyataannya berkata bayaran zakat di Sarawak mencatatkan peningkatan 27.1 peratus berbanding tahun sebelumnya yang berjumlah RM1.31 juta.

Iklan
Iklan

Manakala jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH dalam negara pada 2018 terus mencatatkan peningkatan 26.6 peratus bersamaan RM85.57 juta berbanding 2017 yang berjumlah RM67.61 juta. - Bernama