Calon Amanah DUN Kota Lama mahu lawan guna fakta, maklumat benar
Iklan
Dr Hafidzah (tengah) yang berucap pada Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) bagi N09 DUN Kota Lama di Kota Bharu.
KOTA BHARU - Calon Parti Amanah Negara (Amanah) di DUN Kota Lama menegaskan akan melawan calon bertanding dengan menyampaikan fakta dan maklumat yang benar kepada rakyat bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, pada 12 Ogos ini.
Dr Hafidzah Mustakim berkata, banyak perkara yang menjadi kekeliruan dalam kalangan rakyat termasuk perihal kesihatan berikutan maklumat disampaikan tidak betul.
Iklan
Iklan
"Saya kaitkan terus dengan masalah kesihatan dan perubatan kerana stastistik kesihatan menunjukkan rakyat Kelantan yang menerima vaksin dan saringan kesihatan masih rendah.
"Kita ada pelbagai program tetapi yang hadir juga sedikit termasuklah ujian mengesan kanser kerana meraka takut dan ini hanya boleh dihilangkan dengan maklumat yang betul. Jadi, kita lawan dengan fakta dan maklumat yang benar,” katanya pada Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) bagi N09 DUN Kota Lama, di sini pada Ahad.
Iklan
Ujar Dr Hafidzah, Kelantan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia termasuk isu kadar pendapatan rakyatnya yang diibaratkan jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur atau Selangor.
Kata beliau, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana masih banyak potensi yang belum diketengahkan bagi menjana lebih banyak ekonomi dan peluang pekerjaan di negeri ini.
Iklan
"Golongan muda keluar dari Kelantan atas banyak sebab antaranya tak cukup infrastruktur dan tidak menarik untuk mereka melabur.
"Untuk itu, jadilah kuasa ‘membawa mulut’, benda molek dan bukan ‘membawang’ perkara tidak baik.
"Sampaikan kepada rakyat tentang kejayaan-kejayaan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan, malah negeri-negeri yang dikuasai ataupun diperintah oleh Kerajaan Perpaduan ini yang memberikan kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat Malaysia,” katanya.
Justeru kata beliau, rakyat perlu memlilih wakil yang selari dengan Kerajaan persekutuan.
Pada PRN kali ini, Dr Hafidzah (PH-Amanah) melawan Zamri Ismail (PN-Pas), Tan Boon Kian (Parti Rakyat Malaysia) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).
Sebelum itu, semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Dr Hafidzah kalah dengan 6,139 undi di DUN Tanjung Mas sementara Madihah Ab Aziz dari Barisan Nasional BN-UMNO meraih 4,945 undi.
Kerusi itu dimenangi Rohani Ibrahim dari Pas yang juga penyandang sejak 2004 dengan memperoleh 13,154 undi dan menang bersama majoriti 7,015 undi.
Dr Hafidzah (tengah) yang berucap pada Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH) bagi N09 DUN Kota Lama di Kota Bharu.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.