Kalah di tiga PRN, amaran serius buat PH - Penganalisis
Iklan
PH perlu melihat keputusan ketiga-tiga PRN sebagai suatu pola amaran, bukan sekadar kekalahan yang bersifat setempat. Gambar kecil: Mohammad Tawfik
PUTRAJAYA – Prestasi kurang memberangsangkan Pakatan Harapan (PH) dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi amaran serius kepada gabungan itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, khususnya risiko kehilangan lebih banyak kerusi marginal di kawasan campuran dan majoriti Melayu.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keputusan pilihan raya di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka menunjukkan PH berdepan cabaran besar mengekalkan sokongan pengundi Melayu, golongan muda serta pengundi atas pagar.