Pas larang ahli dedah isu parti melalui media, video, audio
Iklan
Takiyuddin - Foto Bernama
SHAH ALAM - Parti Pas melarang semua ahli daripada membuat sebarang kenyataan umum berkaitan urusan dalaman parti sama ada melalui media, video atau audio.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia termasuk kenyataan berhubung dengan hal-hal berkaitan calon pilihan raya negeri (PRN).
Iklan
Iklan
"Dalam hal ini, setiap ahli perlu ingat bahawa proses pemilihan calon mewakili Pas bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat mengikut ketetapan dan peruntukan yang jelas dalam perlembagaan parti, bukannya atas desakan, tekanan serta pengaruh mana-mana pihak.
"Ia perlu melalui banyak peringkat merangkumi Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Jabatan Pilihan Raya dengan mengambil kira pandangan organisasi di semua peringkat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Ujar beliau, sebarang kenyataan lebih-lebih lagi yang membawa risiko sokongan kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) perlu dihentikan segera bagi mengelakkan pihak berkuasa tatatertib terpaksa menjalankan prosiding.
Tambahnya, sebarang persoalan mahupun pertikaian dalaman parti perlu dibawa dan diselesaikan mengikut saluran yang betul.
Iklan
"Pas bersama-sama rakan gabungan dalam PN yakin akan terus diberikan mandat oleh rakyat dalam PRN ini untuk terus mara berkhidmat di peringkat negeri dan negara,” katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>