FIB tarik semula sekatan perpindahan pemain terhadap TRW

Iklan
Aksi para pemain muda Kelantan FC ketika berdepan Kuching City dalam perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching baru-baru ini. - Foto Kelantan FC

KELANTAN FC boleh menarik nafas lega apabila First Instance Body (FIB) menarik semula balik sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua terhadap pasukan tercorot Liga Super itu berkuat kuasa Khamis.

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL), FIB sudah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik perintah sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas The Red Warriors (TRW) sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Namun begitu, penarikan balik sekatan perpindahan pemain ini adalah berbeza dan tidak mempunyai impak ke atas sebarang sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas ini," menurut pentadbir liga utama negara itu dalam kenyataan.

Terdahulu awal bulan ini, TRW dijatuhkan hukuman sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua bermula 5 Julai lalu.

Iklan

Hukuman itu berikutan kegagalan skuad TRW itu menghantar bukti bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu ia melibatkan tunggakan gaji pemain serta pegawai, bagi tempoh April dan Mei sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 28 dan 30 Jun lalu.

Iklan

Sebagai rekod, TRW yang meraih lima mata - satu kemenangan, dua seri dalam 17 perlawanan, akan berdepan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Sabtu ini.