Kes mayat dalam kereta terbakar tiada unsur jenayah
Iklan
KUANTAN - Kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui dalam sebuah kereta terbakar di kawasan parkir, Jalan Putra Square 7, Sri Dagangan di sini pada Khamis dipercayai tidak melibatkan unsur jenayah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, setakat ini kes yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.