Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri malam ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta enam negeri hingga 9 malam ini.  Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Labuan serta enam negeri hingga 9 malam ini. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kelantan (Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Machang) serta Pahang (Jerantut, Kuantan, Maran, Pekan dan Lipis). 

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Terengganu, Johor dan Sarawak membabitkan Kapit (Song), Sibu (Kanowit dan Sibu), Sarikei (Julau dan Pakan), Sri Aman (Lubok Antu), Serian, Betong (Betong) serta Kuching (Kuching).

Di Sabah, kawasan dijangka terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Sandakan serta Tongod) dan Tawau (Kalabakan). - Bernama

Iklan

 

 

Iklan