Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, pada Khamis.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Ekonomi Madani menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai sebelum 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya, Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia dan Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.
Iklan
Iklan
"Ketiga, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan, sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah 40 peratus menjelang 2025.
"Keempat, kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus. Kelima, Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia.
Iklan
"Keenam, Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan ketujuh, kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai tiga peratus atau lebih rendah," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada Khamis.
Iklan
Dalam pada itu, ujar Anwar, bagi mencapai hasrat berkenaan, kerajaan menerusi Ekonomi Madani memberi tumpuan membawa Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
"Umpamanya, sektor pembuatan telah merosot di bawah paras 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP) yang bakal diumumkan pada bulan hadapan akan memacu semula perindustrian dan memangkin ekonomi baharu.
"Dalam jangka masa pendek, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang bakal dibentangkan di Parlimen akan memberi ruang untuk kerajaan membuat penilaian semula dan menyusun keutamaan, termasuk mengadun sebuah pertumbuhan jangka sederhana dengan dasar fiskal yang lebih mampan," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara
Malaysia sasar di kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia menjelang 2033
Kerajaan setuju tawar kredit e-tunai RM100 kepada rakyat
Kerajaan, GLIC labur RM1 bilion dana tambahan sokong syarikat pemula tempatan
Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat angkat dua tumpuan utama
Ekonomi Madani tetapkan tujuh penanda aras - PM
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>