Anwar panggil syarikat p-hailing, bincang kadar upah

Iklan
Anwar berucap pada sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani@Selangor di Laman Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada Sabtu. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.

Iklan
Iklan

"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.

Beliau berkata demikian pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.

Iklan

Anwar berkata kerajaan juga memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.

"Supaya dapat program (bantuan kepada p-hailing) ini berterusan, saya tidak mahu jadi 'one-off’ jadi untuk permulaan, jawatankuasa informal untuk menyelaras kegiatan gig rider, saya peruntukkan RM1 juta hari ini (Sabtu).

Iklan

"Ini penting, kalau tidak ia jadi tak tersusun, jadi (supaya) kita tahu masalah penghantar p-hailing, masalah pinjaman, masalah kemudahan, insurans, Perkeso," katanya.

Beliau berkata, penghantar p-hailing boleh memilih pihak bersesuaian untuk dilantik sebagai sekretariat yang bakal mewakili mereka. - Bernama