Fadillah, Nanta doakan Salahuddin diberi kesembuhan
Iklan
Laporan Sinar Harian.
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendoakan agar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang disahkan mengalami pendarahan otak dikurniakan kesembuhan oleh ALLAH SWT.
Menerusi ciapan di Twitter, Fadillah mendoakan semoga segala urusan Ahli Parlimen Pulai itu dipermudahkan.
Iklan
Iklan
"Saya mendoakan semoga dipermudahkan segalanya dan semoga @MyDSA_official (akaun Twitter rasmi Salahuddin), YBM (Yang Berhormat Menteri) @KPDN_HQ dikurniakan ALLAH SWT kesembuhan...Aamiin,” menurut ciapan itu.
Terdahulu Setiausaha Akhbar Salahuddin, Nur Syakirin Husnal dalam kenyataan memaklumkan Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Iklan
Menurut kenyataan itu, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada jam 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Turut mendoakan kesembuhan buat Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Iklan
"Saya dan seluruh warga Kementerian Kerja Raya mendoakan agar YB Datuk Seri Salahuddin Ayub cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” kata Nanta dalam catatan di Facebook.
Sementara itu, di Johor, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ketika mendengar berita itu beliau berpendapat, Salahuddin yang nampak sihat sebelum ini cuma kepenatan susulan kerap turun pandang menjelang pilihan raya negeri (PRN).
"Semoga beliau segera sembuh," kata Naib Presiden UMNO itu yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi ketika ditemui pemberita selepas merasmikan UPSI Smarthome Schooling@Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan Jaafar Albar, Kota Tinggi, hari ini. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mual, muntah-muntah
Salahuddin alami pendarahan otak, sedang jalani pembedahan
Salahuddin selamat jalani pembedahan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>