10 maut, 21 cedera tanah runtuh di India

Iklan
Pasukan penyelamat telah memindahkan 75 penduduk dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap. - Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 10 maut dan 21 lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di negeri Maharashtra, di barat India, kata pegawai pada Khamis.

Pasukan penyelamat telah memindahkan 75 penduduk dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Tanah runtuh itu berlaku pada Rabu malam di kampung Irshalgad di daerah Raigad, kira-kira 80 kilometer tenggara Mumbai, ibu negeri Maharashtra.

Menurut pegawai, tanah runtuh itu menimbuskan kira-kira 30 rumah yang terletak di sebuah perkampungan terpencil.

Iklan

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi untuk menjalankan misi menyelamat dan memindahkan penduduk kampung yang terperangkap. - Bernama

Iklan