Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan negara
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu depan.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 10.40 pagi tadi memaklumkan, Amaran Kategori Kedua melibatkan kejadian angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan Phuket.