Maritim tahan bot tanpa nombor pendaftaran
Iklan
Bot fiber yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Pulau Tengah Mersing pada Isnin.
MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing menahan sebuah bot fiber di kedudukan lebih kurang 0.23 batu nautika barat laut Pulau Tengah di sini pada jam 6.30 petang, Isnin.
Pengarah Zon Maritim, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, pasukan bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan bot fiber tanpa nombor pendaftaran itu semasa rondaan rutin Op Jaksa dan Op Tiris di perairan tersebut.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot fiber itu dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong warga Vietnam berumur 35 dan 36 tahun di mana kedua-duanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat juga peralatan menyelam di atas bot disyaki digunakan untuk aktiviti penangkapan gamat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Iklan
Jelasnya, kru bersama tekong serta bot dan peralatan menyelam ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Teluk Gading.
"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana memiliki peralatan perikanan yang tidak dilesenkan dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
Iklan
"Selain itu siasatan turut dilakukan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>