Polis Narathiwat gagalkan cubaan seludup dadah di Tak Bai

Iklan
Polis menemui 104 bungkusan di ruang tersembunyi di dalam sebuah bot. - Foto hiasan 123RF

NARATHIWAT - Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 104 kilogram (kg) dadah jenis kristal methamphetamine di Tak Bai, Narathiwat.

Dalam satu serbuan kira-kira 3 petang (waktu tempatan) pada 15 Julai lalu, Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata, polis menemui 104 bungkusan di ruang tersembunyi di dalam sebuah bot.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua bungkusan itu mengandungi dadah jenis kristal methamphetamine.

"Dadah itu dianggarkan bernilai 62 juta baht mengikut harga pasaran gelap dan dipercayai akan diseludup ke Malaysia,” katanya pada satu sidang media di sini.

Iklan
Iklan

Beliau menambah bahawa polis sedang memperhebatkan usaha memburu empat pengedar dadah yang telah meloloskan diri ketika serbuan. - Bernama