Wartawan nyaris dihanyutkan ombak ketika buat liputan

Iklan
Seidel hampir hilang keseimbangan tubuh akibat dihentam ombak besar secara tiba-tiba. - Foto Agensi

MIAMI – Pakar ribut Fox Weather, Mike Seidel berdepan detik cemas ketika membuat liputan mengenai Taufan Lowell di Hawaii, Amerika Syarikat (AS) apabila hampir terjatuh akibat dihentam ombak besar secara tiba-tiba.

Fox Weather turut berkongsi rakaman kejadian itu yang menunjukkan Seidel dan rakan setugasnya hampir hilang keseimbangan tubuh kerana pukulan ombak kuat tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan. Jurukamera itu turut memberikan isyarat ibu jari kepada Seidel sebagai tanda mereka selamat.

“Ya, kami okay!” kata Seidel selepas ombak berkenaan berlalu.

Iklan

Beliau turut berkongsi klip tersebut dengan kapsyen, 'itulah yang berlaku apabila anda membelakangkan laut walaupun hanya untuk beberapa saat'.

Taufan berkenaan membadai pulau barat Hawaii, Kaua‘i dan O‘ahu dengan hujan lebat, gelombang ribut serta angin kencang berkelajuan sehingga 148 kilometer sejam.

Iklan

Susulan taufan itu, lebih 60,000 pengguna mengalami gangguan bekalan elektrik. - Agensi