Sindiket seludup tenggiling: SPRM buru Sheikh Biman bantu siasatan

Iklan
Sheikh Biman

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat memburu seorang individu dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa.

SPRM dalam satu kenyataannya berkata, usaha mengesan Sheikh Biman Sheikh Ahmad, 43, sedang dijalankan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, alamat terakhir individu yang dikehendaki SPRM itu adalah di No 53, Jalan Sama Gagah 15, Taman Telok Gedong Indah, Pelabuhan Klang, Selangor.

Dalam pada itu, SPRM berkata, pihaknya juga sedang berusaha mendapatkan maklumat tambahan berhubung sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa menerusi Op Jaguar.

Iklan

Menurutnya, siasatan terperinci kes terbabit dilakukan susulan dakwaan mengatakan dalang sindiket itu dipercayai menyogok pihak penguat kuasa serta terbabit aktiviti pengubahan wang haram.

"Dalam perkembangan terkini Op Jaguar, SPRM telah merakam penyataan individu-individu terlibat, seterusnya membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis disyaki.

Iklan

"Malah SPRM turut menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan dan menjadikan jumlah yang ditahan setakat hari ini adalah seramai lapan orang," ujarnya.

Tambahnya, SPRM juga telah mengenal pasti pegawai penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa terbabit.