Derita terubat selepas terima rumah baharu
Iklan
Zaini (kiri) bersama anak dan cucunya berdiri di hadapan rumah baharu mereka di Kota Bharu
KOTA BHARU - Derita enam sekeluarga yang kerap kali terpaksa tidur dalam keadaan basah kuyup di sebuah rumah pusaka usang, berakhir selepas mendapat rumah baharu bernilai RM66,000 di Kampung Tanjung Baru, Jalan PCB di sini pada Ahad.
Rumah batu tiga bilik itu diterima oleh suri rumah, Zaini Abdullah, 57, menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Iklan
Iklan
Zaini yang juga pesakit saraf berkata, rumah kayu lama peninggalan arwah nenek yang menjadi tempat tinggal keluarganya sebelum ini sudah reput dimakan anai-anai dan atap bocor.
Menurutnya, dia sekeluarga tidak mampu untuk membina rumah baharu kerana suami, Suhardi Sazali, 44, hanya bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan sekitar RM60 setiap hari.
Rumah lama yang didiami Zaini sekeluarga sebelum ini
Iklan
"Kehidupan kami susah hingga anak kedua perempuan saya diberikan kepada orang lain di Kuala Lumpur untuk dijaga sejak kecil.
"Dua anak juga sebelum ini terpaksa berhenti sekolah setakat Tingkatan tiga manakala dua lagi masih bersekolah di Tingkatan Dua dan Darjah Enam,” katanya ketika ditemui semasa serahan rumah oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di sini pada Ahad.
Iklan
Kata Zaini, keluarganya turut mendapat bantuan daripada beberapa pemimpin setempat yang prihatin terhadap nasib mereka termasuk bantuan keperluan makanan asas seperti beras, minyak masak dan gula pada setiap bulan.
Ujarnya, dia amat terharu dengan pemberian rumah berkeluasan 61.3 meter persegi tersebut sekali gus memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada keluarganya.
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.