Vida turun padang tonton aksi Kelantan, JDT
Iklan
USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat semakin serius untuk menjadi pemilik Kelantan FC apabila turun padang menyaksikan pertembungan The Red Warriors (TRW) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Jumaat.
Anak kelahiran Tanah Merah itu duduk di sebelah pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham.