Dadah: Tangkapan di Terengganu meningkat
Iklan
ALLAUDEEN ABDUL MAJID
KUALA TERENGGANU - Jumlah tangkapan melibatkan kes dadah di Terengganu meningkat kepada 3,822 individu dalam tempoh empat bulan bermula 1 Januari hingga 1 Mei tahun ini, berbanding 3,356 tangkapan dalam tempoh sama tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jumlah tangkapan itu melibatkan tangkapan bekalan, tangkapan memiliki dan tangkapan positif dadah menerusi ujian urin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai 432 ditahan melibatkan tangkapan bekalan, 1,107 tangkapan memiliki dan 2,283 ditahan kerana positif ujian urin.
"Tangkapan berdasarkan positif ujian urin tahun ini menunjukkan peningkatan 1,096 individu menjadikan jumlah ditahan seramai 2,283 individu.
Iklan
"Ia menunjukkan peningkatan ketara berbanding statistik yang direkodkan pada tahun lalu iaitu seramai 1,887 individu yang positif ujian dadah.
"Berdasarkan statistik yang direkodkan, terdapat peningkatan sebanyak 466 individu yang ditahan dengan jumlah nilaian keseluruhan rampasan pelbagai jenis dadah berjumlah RM1.1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata, terdapat beberapa jenis dadah yang paling tinggi dirampas antaranya pil kuda, heroin, syabu, daun ketum dan lain-lain.
"Dari segi tangkapan berdasarkan lokasi, Kuala Terengganu merupakan daerah yang mencatat kadar tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 902 individu setakat ini,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>