'Kenyataan Menteri Besar Kedah melampau, kurang ajar'

Iklan
Mohd Yahya

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor menyifatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai melampau dan kurang ajar.

Respons itu susulan kenyataan Muhammad Sanusi didakwa menghina Sultan Selangor dan turut meremehkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berceramah di Selayang.

Iklan
Iklan

Pengarah Pilihan Raya PH negeri, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, pentas ceramah politik tidak seharusnya dijadikan medan membuat penghinaan terhadap institusi diraja dan Menteri Besar Selangor.

"Ada dua perkara penting dari sudut Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara serta yang terakhir adalah Kesopanan dan Kesusilaan

Iklan

"Ini jelas menunjukkan Muhammad Sanusi tidak layak dan sangat biadab sebagai rakyat dan beliau juga tidak ada tata susila, budi pekerti dan sopan santun," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau menambah, pihak polis juga perlu mengambil tindakan dengan memanggil Menteri Besar Kedah itu untuk disoal siasat berhubung ucapannya dalam sisi ceramah itu.

Iklan

Ucapan Muhammad Sanusi tular sejak Khamis apabila pemimpin Pas itu dipaparkan seolah-olah menyentuh tentang perkenan Sultan Selangor, berkait pelantikan"Menteri Besar (Amirudin) cokia (tiada kualiti)".

Sebagai respons balas, Amirudin pula dilaporkan berkata, pimpinan Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya perlu menilai semula kenyataan dibuat Muhammad Sanusi itu, serta menginsafi kesilapan yang disifatkan melanggar etika ‘berkempen’.