Penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia

Iklan
WHO beri amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular jangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia.

MOSCOW - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia, lapor Sputnik.

"Wabak semasa influenza atau selesema burung telah menyebabkan kemusnahan dalam populasi haiwan, termasuk ayam itik, burung liar dan beberapa mamalia, selain menjejaskan mata pencarian petani dan perdagangan makanan.

Iklan
Iklan

"Walaupun sebahagian besarnya menjejaskan haiwan, namun penularan wabak itu turut mendatangkan risiko ke atas manusia," kata WHO dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada masa yang sama, pengarah Kesiapsiagaan dan Pencegahan Epidemik dan Pandemik WHO, Sylvie Briand berkata walaupun virus itu tidak dapat menular daripada seseorang kepada orang lain dengan mudah, orang ramai perlu terus berwaspada dan mengenal pasti sebarang evolusi dalam virus yang boleh menjadikannya berbahaya kepada manusia.

Iklan
Iklan

WHO turut menggesa semua negara supaya meningkatkan pengawasan ke atas penyakit itu dengan melaporkan kes secepat mungkin. - Bernama/Sputnik