OTTAWA - Menteri Luar Kanada, Anita Anand mengeluarkan kenyataan segera pada Jumaat, menggesa rakyat Kanada di beberapa kawasan di Timur Tengah supaya meninggalkan wilayah itu berikutan situasi keselamatan yang"tidak menentu dan sukar diramal," lapor Xinhua.
Anand menasihatkan rakyat Kanada di rantau berkenaan supaya"sentiasa berwaspada, memantau media tempatan dan antarabangsa selain mengikut arahan pihak berkuasa tempatan, termasuk sebarang arahan untuk berlindung di lokasi masing-masing."