KPDN Kedah rampas 3,800 liter diesel dipercayai diseleweng
Iklan
KPDN Kedah merampas 3,800 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM28,170 dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stor di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, pada Selasa. - Foto Facebook KPDN Kedah
Sinar Harian
12 Jul 2023 11:49 pm
ALOR SETAR - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 3,800 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM28,170 dipercayai diseleweng dalam serbuan di sebuah stor di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, pada Selasa.
Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrjaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan telah menjumpai empat unit IBC tank (intermediate Bulk Container) yang berisi minyak diesel, satu unit IBC tank kosong, dua unit Skid Tank dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan, malam Rabu.
Hasil pemeriksaan telah menjumpai empat unit IBC tank (intermediate Bulk Container) yang berisi minyak diesel, satu unit IBC tank kosong, dua unit Skid Tank dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti penyelewengan. - Foto Facebook KPDN Kedah
Affendi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Iklan
Beliau menegaskan KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan itu. - Bernama