'Akhirnya dapat kewarganegaraan selepas 16 tahun berjuang'
Iklan
Wong Kueng Hui
SHAH ALAM - Seorang pemuda kelahiran Sabah meluahkan rasa syukur kerana memperoleh status warganegara Malaysia setelah 16 tahun berjuang mendapatkan kerakyatan.
Wong Kueng Hui, 28, berkata, selepas melalui proses undang-undang dan demokrasi, dia dengan bangga melaungkan dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia.
Iklan
Iklan
"Menerima kad pengenalan ini adalah lambang kemenangan bukan hanya buat diri saya, tetapi juga simbol bagi masyarakat di luar sana yang masih berjuang demi pengiktirafan dan kerakyatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.
Sinar Harian pada 10 April melaporkan, kerajaan menyasarkan kelulusan 10,000 permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia.
Iklan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 6,000 permohonan telah diluluskan.
Menurut Saifuddin, berdasarkan jumlah tersebut, majoritinya tertakluk di bawah Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu anak kepada warganegara yang berumur kurang daripada 21 tahun.
Iklan
Kueng Hui turut menzahirkan berterima kasih kepada peguam, Haijan Omar yang penuh dedikasi dan tanpa lelah berjuang bersamanya mendapatkan hak sebagai seorang rakyat Malaysia.
Tambahnya, rakan-rakan yang lain turut menyokong dan memberi suntikan semangat sepanjang perjuangannya, bukan hanya menjadikan solidariti sekadar slogan semata-mata.
"Namun, ini hanyalah permulaan, saya akan gunakan hak saya sebagai warganegara untuk meneruskan perjuangan ini demi mereka yang masih belum mendapat pengiktirafan.
"Mereka adalah suara yang masih belum didengar dan mimpi yang masih belum tercapai,” katanya.
BERITA SEMASA 10 MEI 2024
Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.
Jelasnya, sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664034/edisi/sabah-sarawak/lebih-tiga-jam-tangkap-buaya-tembaga-900kg
Muzik: Elevate dari www.bensound.com