Tembakan di bar ragut 4 nyawa di Brazil

Iklan
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila dua suspek melepaskan tembakan ke arah sebuah bar di bandar Sao Paulo, Brazil. - Gambar hiasan

SAO PAULO - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, termasuk dua remaja bawah umur apabila dua suspek melepaskan tembakan ke arah sebuah bar di bandar Sao Paulo, Brazil, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.

Berdasarkan laporan Polis Sao Paulo, kejadian itu berlaku beberapa minit sebelum tengah malam Isnin di kawasan perumahan Parque Paraiso di daerah Itapecerica da Serra.

Iklan
Iklan

Dua orang cedera dalam tembakan itu yang menyaksikan dua suspek tiba dengan motosikal dan melepaskan beberapa das tembakan sebelum melarikan diri.

Media tempatan berkata, tembakan itu mungkin berpunca daripada persaingan antara kumpulan samseng di Wilayah Metropolitan Sao Paulo. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan