PRN: Majikan tak benar pekerja mengundi berdepan tindakan
Iklan
Mustapha (kanan) ketika ditemui pemberita selepas program Sesi Libat Urus Tripartite 2023 Zon Timur di sini pada Selasa.
MARANG - Majikan bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya enggan membenarkan pekerja mereka keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud menegaskan majikan yang tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara selama setahun seperti diperuntukkan di bawah Subseksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Iklan
Iklan
Menurutnya, bagi pekerja yang mengundi di luar kawasan maka majikan diminta membenarkan pekerja mereka mengambil cuti tahunan.
"Semua majikan perlu patuh dan benarkan pekerja mereka pulang untuk turun mengundi. Sekiranya ada majikan tak benarkan, pekerja boleh buat aduan pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu dan tindakan segera akan diambil pada majikan terbabit.
Iklan
"Jadi saya nasihatkan majikan di negara ini supaya patuh akta ditetapkan selain benarkan pekerja-pekerja mereka pulang mengundi pada PRN tidak lama lagi diadakan," katanya kepada pemberita selepas program Sesi Libat Urus Tripartite 2023 Zon Timur di sini pada Selasa.
Hari pengundian bagi PRN enam negeri (PRN) akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos depan manakala penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai ini.
Iklan
PRN melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).
PRN enam negeri itu juga akan menyaksikan sebanyak 245 kerusi DUN menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatkan mandat rakyat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>