Tony Fernandes jual semua saham QPR, tumpu bisnes penerbangan
Iklan
Tony Fernandes
KETUA Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).
Dalam kenyataan pada Isnin, Capital A menjelaskan tindakan strategik ini, yang akan membolehkan beliau menumpukan masa dan usaha bagi mengembangkan perniagaan digital AirAsia dan Capital A, adalah seiring dengan visi beliau untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam sektor utama ini.
Iklan
Iklan
Tony, yang membeli QPR pada 2011, berkata, meninggalkan QPR adalah satu keputusan sukar namun, ia dibuat berasaskan keazaman yang jelas iaitu masa dan kepakarannya diperlukan di tempat lain.
"Kini AirAsia kembali pulih sepenuhnya dan berkembang semula, saya ‘berhutang’ kepada Allstars (warga pekerja syarikat penerbangan itu) dan pemegang saham kami untuk memberikan 100 peratus tumpuan saya dalam membina semula perniagaan syarikat penerbangan dan mengembangkan syarikat digital untuk memberikan nilai luar biasa kepada penduduk Asean, dengan terdapat permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmatan kos rendah, bernilai tinggi,” katanya.
Iklan
Selain itu, beliau mahu mengalihkan tumpuan kepada usaha memuktamadkan pelan penyusunan semula untuk mengeluarkan Capital A daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
"Saya yakin, keluar daripada PN17 adalah bergerak mengikut hala tuju yang betul. Langkah memperkukuh lembaran imbangan dan membina model pertumbuhan teguh dalam semua perniagaan daripada perniagaan syarikat penerbangan, logistik, pelancongan dan perniagaan teknologi kewangan digital serta perkhidmatan penerbangan juga semakin berlaku dengan pantas,” katanya. - Bernama.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>