Maguire semakin terpinggir, bakal hilang lilitan kapten

Iklan
Harry Maguire

HARRY Maguire dijangka kehilangan lilitan kapten Manchester United minggu ini walaupun dia terus kekal di kelab itu.

Pemain pertahanan England itu hanya lapan kali berada dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris musim lalu selepas posisi tersebut diisi oleh pemain seperti Luke Shaw, Lisandro Martinez, Raphael Varane dan Victor Lindelof.

Iklan
Iklan

Pengendali United, Erik ten Hag telah memberikan petanda bahawa Maguire tidak lagi berada dalam perancangan jangka panjangnya di Old Trafford dan bakal menyaksikan pertukaran kapten berlaku.

Menurut The Sun, Maguire secara rasmi akan kehilangan peranannya sebagai kapten kelab minggu ini.

Iklan

Pemain tengah, Bruno Fernandes telah dinamakan sebagai pemain yang paling berkemungkinan diberikan lilitan kapten tersebut.

Berita itu juga hadir selepas David de Gea mengesahkan bahawa dia tidak akan kembali ke kelab itu, menyaksikan seorang lagi pemain berpengaruh tidak berada dalam pasukan.

Iklan

Andre Onana dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford untuk menggantikan De Gea kerana United dipercayai semakin hampir dalam perjanjian untuk mendapatkan penjaga gol lnter Milan itu.